Kenali lelaki dan ragam mereka.

26 May 2009


Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan.Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai… Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap’ mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia…. kita. Kalau derita pun… kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!


Lelaki Bersemangat

Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan ehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.

Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.


Lelaki Takut Komitmen

Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.Mengalahkan VIP pulak tu!

Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

Lelaki Anti Perempuan

Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.

Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

Lelaki Playboy

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni! Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.

Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!

Lelaki Tradisi

Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

Lelaki Korporat

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.

Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.

Lelaki Keparat

Bagaimana mengenali mereka :
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.

Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang teruk dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor. Lagipun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.

Pilihan Warna Singkap Personaliti


Warna menyimpan seribu makna yang secara tidak langsung menterjemahkan perasaan atau keinginan seseorang. Lebih bahaya, warna juga kononnya mampu mentafsir kelebihan dan kelemahan diri sama ada garang, lembut, pemurah atau periang. Rona merah, misalnya lambang keghairahan dan berani. Mereka yang menggayakannya dikatakan memiliki personaliti tegas dan penuh keyakinan diri untuk menonjolkan kelebihan diri. Namun, awas merah juga lambang diri yang tamak dan pendendam. Sekiranya anda ditimpa perasaan tidak menentu sehingga menjejaskan hubungan dengan ahli keluarga atau rakan sekerja, pilihlah warna ceria yang memberikan ketenangan seperti biru kerana ia bukan saja mampu menenangkan urat saraf yang tegang, tetapi turut meningkatkan kreativiti diri. Apa yang penting, warna perlu digunakan dengan tepat kerana warna boleh memberi semangat serta kesenangan dalam setiap aspek kehidupan. Ia boleh bermula dari rumah hinggalah cara berhias dan pemilihan pakaian. Apakah anda berani menggayakan warna beraneka dan terang? Terserah kepada anda untuk menyingkap siapa diri anda sebenarnya.

Mengenali warna dan sifatnya


Emas

Positif: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.


Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.


Putih


Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.

Negatif: Boros berbelanja


Kuning

Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.

Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.


Merah


Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.

Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.


Hijau


Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.

Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.


Merah jambu


Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.

Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.


Coklat


Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.


Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.


Perak


Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.

Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.


Ungu


Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah. Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.

Negatif: Sombong dan sedikit emosi.


Hitam


Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.


Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.


Kelabu


Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.

Negatif: Cengeng dan agak pemalas


Jingga

Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.


Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.


Biru


Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.

Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.

Mengenal kesenangan dalam kesusahan

25 May 2009


Salam Keberkatan semua,

Kesabaran merupakan satu sifat mahmudah yang dituntut dan digalakkan dalam sesebuah sahsiah seorang Muslim,namun ada tikanya kesabaran itu bukanlah semudah yang dicanangkan kerana ianya lahir dari kehendak dan kesedaran seseorang itu sendiri.Setiap manusia diutuskan ke bumi adalah untuk memimpin dan mentadbir alam seperti yang telah ditaklifkan oleh Allah s.w.t,namun dalam setiap taklifan dan rasa tanggungjawab adakah ianya dihidangkan dengan segala bentuk yang mudah dan senang untuk ditempuh segala-galanya.Itulah yang aku ingin maksudkan atas mengenal kesenangan dalam kesusahan.

Kesenangan adalah suatu nikmat yang diiginkan oleh setiap insan yang menghuni di muka bumi ini,akan tetapi kesenangan di dunia adakah suatu kesenangan yang mampu memberikan ketenangan yang diinginkan dan didambakan?Persoalan itu yang perlu kita semua ketahui nikmat kesenangan di dunia hanyalah bersifat sementara dan bukanlah mampu baginya terus menerus untuk merasai nikmat itu secara berterusan jikalau pada diri manusia ini tidak singgah padanya suatu rasa bernama KESUSAHAN sebagai penghubung untuk mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat,namun mampukah manusia menghadapi kesusahan untuk menggapai kesenangan,sama-sama kita bermuhasabah dan menjenguk benak fikiran kita bersama untuk mendapat jawapan sebenar milik abadi diri kita ini.Dalam konteks sebagai seorang pelajar nikmat kesenangan itu tidak pernah dicapai tanpa pernah mengenal erti kesusahan,kesusahan yang dimaksudkan di sini adalah usaha dan pengorbanan yang sama sekali dirempuh oleh setiap pelajar amnya dalam mengahadapi jangka masa pembelajaran mereka.

Aspek kesusahan dalam kehidupan memang tidak pernah lari dalam sebuah episod seorang insan,ini kerana seorang insan sejak dulunya perlu menempuh segala mehnah dan ujian kesusahan ini.Ini kerana prinsip hidup seorang hamba kepada seorang tuan perlulah menikmati setiap nikmat kesusahan itu dengan rasa senang dan berlapang dada namun mampukah kita?Kesusahan menjamin kita untuk mengenal tahap dan letak siapa diri kita yang sebenar,ini kerana tanpa menjalana imtihan bagi madah KESUSAHAN ini manusia sama sekali tidak mungkin akan mengenal siapa dirinya yang sebenar.Nilai seorang hamba memanglah berhak baginya ditimpa segala macam bentuk dan ujian untuk mematangkan usia dan ke arah membentuk sesuatu yang menjamin masa depan seseorang itu.Usia kehidupan manusia bukan sekadar untuk menikmati akan tetapi untuk dihayati akan segala yang dilalui bukan sekadar dibiarkan begitu sahaja akan tetapi di muhasabah setiap ketika.

Rutin hidup seorang hamba Allah adalah sepatutnya seperti seorang hamba atau khadam yang kita lihat di muka bumi ini.Akan tetapi sikap manusia sering merasakan tempoh kesenangan di bumi ini dalam bentuk yang kekal sering membuatkan mereka lupa dan tidak sedar diri akan tempat dan martabat sebenar diri kita di sisi Allah s.w.t. yang merupakan pemilik atas semua nikmat dan rasa yang kita punyai sehingga hari ini.Bilakah kita semua sering menjadi hamba kepadaNYA adakah sewaktu kita ditimpa kesusahan barulah diri ini mengaku bahawasanya kita adalah hamba kepadaNYA tidak malukah kita akan kelakuan kita itu,mendamba dan memperhambakan bila perlunya bantuan dan tidak peduli bila dilimpah kesenangan.Perintah yang di arahkan dianggap susah dan larangan yang ditegah dibiarkan mudah.Adakah itu namanya seorang hamba.Maka renung-renungkanlah wahai sahabat yang budiman sekalian.Detik hidup seorang manusia terletak di tangan Allah tuhan sekalian alam,mahu tidak mahu kita tetap dijemput walau dalam segala macam keadaan sekalipun atau dalam tahap persediaan yang mampu kita persembahkan nanti nescaya sedarilah bahawasanya hidup seorang hamba terletak jua atas kehendakNYA.Bukan kita yang menentukan kerana kita hanya perancang yang tiada jaminan perancangannya akan tetapi ingatlah PERANCANG yang sebenarnya sering memerhati dan menilai setiap sudut akan segala perjalanan liku-liku hidup kita dalam menjalani hidup sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.Rasailah nikmat kesusahan itu nescaya dalam kita mengenal erti susah akan kita sedari sendiri nanti betapa besar dan nilainya erti kesenangan itu bila dikecapi selepas merempuh kesusahan.

Doa dan taubat sentiasa terbuka untuk hamba yang sering sedar akan salah dan silap mereka sewaktu melakukan dosa kerana kita telah diberi nikmat kesenangan sepanjang bergelar seorang Muslim pabila lahir dan wujud dalam kelompok yang dilimpahi pada kita semua nikmat IMAN dan ISLAM sejak kita mula mengenal erti hidup di dunia ini.Maka syukuri dan hargailah sepenuhnya akan nikmat dan kebesaran ini dengan penuh rasa kehambaan dalam diri kita dan bukanlah padanya dirasakan dengan penuh kebanggan dan kesombongan kerana kelak 'virus' seperti itu adalah tidak mampi untuk dinyahkan atas sebab ianya akan sering membutakan dan mematikan rasa seorang hamba itu kepada tuhannya.

Sejarah telah membuktikan segala-galanya lihatlah peristiwa Qarun,Firaun dan lain-lain lagi bilamana dilimpahi begitu banyak kesenangan adakah mampu untuk sering bersyukur dan sedar diri akan semua nikmat yang diperoleh mereka,bahkan lebih teruk lagi kesenangan yang dikecapi itu terus membutakan hati mereka,penglihatan mereka bahawa segala-galanya hanya berbentuk fantasi dan sementara sahaja,kerana nikmat di muka bumi bukanlah nikmat abadi manusia atau seorang hamba akan tetapi binalah matlamat untuk mengejar nikmat abadi di akhirat kelak dalam diri kita semua moga mendapat sesuatu rasa yang lebih memuaskan dari berbangga atas nikmat yang hanya sementara ini sahaja.Nikmat tuhan itu bukan sekadar untuk dinikmati tetapi untuk difahami dan dirasai bahawasanya nilai seorang hamba bukanlah sekadar untuk diberi tetapi perlu memberi sebanyak-banyak.Bak kalam dalam petikan filem LASKAR PELANGI "hidup ini mestilah memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"itulah nilai sebenarnya bagi aku untuk seorang hamba yang sememanganya perlu mendambakan diri bukan untuk memperkasakan diri atas nikmat sementara ini.Percayalah tidak rugi untuk memperhambakan diri untuk seorang TUAN yang pandai dan memahami perilaku hambanya dari segi zahir dan batinnya.Kerana nilai seorang hamba yang diredhai dan diberkati oleh Allah adalah tiada tolok tandingnya dengan segala kesenangan sementara di dunia ini.Oleh itu janglah dirunguti akan segala macam kesusahan itu kerana ingatlah kesusahan itulah jalan untuk kita mencapai kemenangan,kemenangan umat Islam adalah kemenangan dalam mencapai satu tingkat keredhaan oleh Allah s.w.t kerana rasa susah itu pasti bukan selama-lamanya akan tetapi rasa susah itu kelak akan berbuah hasil kesenangan yang sering diimpikan oleh manusia sebenarnya,rasa senang yang bukan bersifat sementara akan tetapi rasa senang yang mampu mendatangkan rasa puas dan nilainya kekal abadi sepanjang masa.Akhir kalam dari aku moga beroleh nikmat kesenangan itu bila mampu menghadapi rasa susah itu dengan sempurna.wassalam


Mampukah aku beristeri DUA?

24 May 2009


Salam Imtihan,

Bila mana tajuk ini aku ada-ada kan mesti semua orang ingat aku suka berpoligami,adil ke?atau sebagainya...Persoalannya di sini bukan soal poligami yang ingin aku tampilkan di sini malah ingin aku hujahkan adakah aku mampu sebenarnya.

Berjuang adalah suatu amalan yang bagi aku besar dan berat bebanan amanah yang terhampar padanya,namun mampukah aku yang naif ini mampu bersama-sama untuk berjuang dan terus berkhidmat untuk agama Islam ku sebenarnya.Itulah perbincangan yang ingin aku bukakan kepada sahabat-sahabat sekalian.Ketika ini aku sudah merasa perih pedih untuk terus istiqamah dalam perjuangan aku.Alhamdulilah tuhan telah memberi jalan kepadaku untuk memilih jalan untuk terus berubah dari jalan asal diriku yang sebelumnya yang bagiku masih terpalit kegelapan dan kepahitan.Manisnya rasa berjuang bukan seperti manisnya menikmati kesenangan dan kemewahan tika dikurniakan pelbagai nikmat duniawi untuk dikecapi,akan tetapi manisnya berjuang hadir selepas satu persatu kepahitan dan kepayahan ditempuh dengan berapi-api.Bermakna perjuangan memerlukan rasa susah dan pedih sebelum berhasil untuk hasil yang menggembirakan lubuk hati seseorang insan yang bernama manusia itu.

Persoalannya mampukah aku apabila keluar dari kancah 'perseorangan' dan memulakan gaya hidup untuk 'beregu' nanti untuk menduakan reguku itu dengan meletakkan keutamaan aku kepada perjuangan yang sememangnya dituntut oleh Islam itu sendiri.Fikiran dan bisik hati nakalku selalu berkecamuk dan berbisik sendirian bila dibayangi persoalan ini.Kerana perjuangan bukan dihidang kepadanya hamparan permaidani merah akan tetapi terpalit padanya kesedaran yang dihambakan dalam diri seorang hamba yang mampukah memupuk akan benih kesedaran tentang perjuangan itu dalam dirinya sendiri.Berjuang bersenderian memang memerlukan komitmen yang tinggi sama sekali.Teringat aku akan kisah yang pernah aku baca dalam Ar-Risalah dalam edisi beberapa bulan yang lepas tentang seorang suami yang menanyakan tentang kesanggupan beristeri dua kepada calon isterinya maka mengamuk bakal isterinya itu apabila mendengarkan niat bakal suaminya itu untuk beristeri dua namun pada hakikatnya seorang istei yang masih belum memahami setiap tindak tanduk konsep dan perilaku PERJUANGAN ISLAM ini mungkin akan memberontak dan bersangka buruk terhadap niat murni suaminya itu.

Walaubagaimanapun melalui kisah yang aku paprkan nanti terbayang sejenak dalam lubuk fikiranku ini mampukah aku melafazkan kalimah itu kepada bakal isteriku nanti.Mahukah dia menerima pelawaan dan hajat aku itu nanti.Bijak tangan menari merungkai segala isi tapi bayangan di kotak fikiran ini masih kabur dan kelam dek hanyut dilimpah kenikmatan dunia ini.Adakah perjuangan mendambakan segala bentuk yang menghanyutkan aku itu atau aku sendiri yang masih belum sedar untuk thabat dalam perjuangan Islam ini.Terbayang di benak mindaku akan segala-galanya mungkin setiap langkah ini perlu dihayun dengan azam dan kesedaran yang jitu untuk memikul beban yang ditinggalkan dari zaman para anbiya dan para solihin dari zaman dahulu lagi.Bisik padaku sesuatu erti kehidupan yang bukan sahaja inginkan ujian dan mehnah dalam segala-galanya akan tetapi liku kehidupan saban waktu membutuhkan suatu jalan yang dipanggil PENGORBANAN.Aku sering bertanya akan kemampuan dan kesungguhan diriku untuk melalui jalan itu.Sepanjang tahun ini aku baru belajar untuk mendalami selok belok erti semua episod perjuangan ini.Moga pabila apapun yang terjadi kepada diriku nanti mampulah kiranya aku untuk terus thabat dan sabar dalam meneruskan warisan dan harta yang ditinggalkan oleh para nbiya' dan solihin ini.Moga aku kecapi nikmat dalam setiap detik dan waktu semasa aku melaluinya.

Beristeri dua bagiku memang payah akan tetapi jika didokong oleh seorang penyokong yang saling faham dan memahami setiap bentuk perjalanan yang aku lalui ini mungkin lebih meringakan beban yang terpahat padanya suatu bebanan yang sentiasa memerlukan setiap satu langkah untuk terus dipikul walau apapun yang di tempuh di jalan yang di hadapan mahupun pada jalan yang di belakang.Moga perjuangan ini diredhai dan diberkati hendaknya oleh Allah s.w.t dalam setiap langkah yang aku hadapi dan tempuhi selepas ini.Persoalan mampu ataupun tidak bukan lagi isunya,apa yang perlu aku lakukan adalah terus menghadapi satu persatu walau aku tahu setiap padanya memang pedih dan pahit untuk direnangi dalam menuju lautan keberkatan darimu Ilahi..sirru ala barakatillah.

Rahsia Personaliti Mengikut Huruf Pangkal Nama


Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.


A Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.


C Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.


J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.


M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.


N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.


Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Nilai Tudung Wanita

23 May 2009


Perbincangan kali ini ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Apapun yang terjadi keadaan masih sama...

22 May 2009


Semalam telah diputuskan bahawasanya Dr. Zambry sah sebagai MB Perak yang sebenar..bagi aku tiada apa yang mampu membuat aku teruja..lepas tengok kat paper semalam..mengeluh jugak hati nie..alahai Perak sabar jelah nasib anda semua masih di jalan yang sama.Bila mana undang-undang di terajui manusia yang tamakkan kuasa tiada apa yang akan nampak sempurna kecuali berlandaskan Al-Quran dan AS-Sunnah sebagai panduan.Aku masih tidak dapat menerima keputusan itu semalam,tapi hikmah semakin jelas atas semua episod-episod perjuangan ini,fahamlah bahawasanya dunia kini makin mengerti dan memahami segala kezaliman tanpa perlukan penjekasan mana-mana pihak,kerana minda masyarakat zaman ini bijak menilai dan mentafsir setiap kejadian dan berita yang berlaku dengan baik sekali.

Kehakiman negara akan terus dicemuh rakyat selepas ini.PERCAYALAH..ini kerana bak kata peguam Ir.Nizar,Haji Sulaiman Abdullah dalam petikan yang diambil di HARAKAH " kita mempunyai hakim yang luar biasa dan kebolehan yang luar biasa " apa yang luar biasanya..ha itu yang kita tak tau.Aku tidak pasti dengan keputusan yang telah diputuskan semalam adakah rakyat negeri Perak khususnya mampu menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.Pastinya selepas ini bermacam-macam agenda akan diteruskan untuk terus mengambil hati rakyat seperti cara-cara memancing mereka sebeleum ini.Persoalannya adakah rakyat teringin sangat untuk memakan umpan yang nampak sahaja dari luaran seperti menarik ? Adakah isinya begitu cantik seperti luarannya,renung-renungkanlah wahai mata-mata yang melihat...Aku pasti segala bentuk ' sajian ' yang dihidangkan selepas ini belum tentu ingin dijamah sempurna oleh rakyat Perak selepas ini,dan kepastiannya aku yakini kepastian yang sama sekali berasas.

Kalaulah kerajaan BN begitu pasti ingin mengambil dan mengembalikan semula kepercayaan kepada mereka bubarlah DUN seperti yang di pinta oleh Ir. Nizar selepas diminta untuk mengulas tentang keputusan Mahkamah Rayuan semalam...biar apapun yang terjadi Ir. Nizar bagi aku sendiri menang di hati rakyat itu sendiri.Hukuman dunia memang begini tapi akhirat belum pasti kita di hukum dengan kekalahan sebegini.Insyallah.Semoga apa yang terjadi terselit sesuatu hikmah yang mampu menjadikan nikmat bersatu itu suatu nikmat yang ditemui semula dalam hati Muslim di tanah air yang aku cintai ini.Akhir kalam salam perjuangan untuk Ir.Nizar semoga dirimu sentiasa thabat dalam memperjuangkan dan berkhidmat untuk rakyat negeri Perak.TAKBIR!!

MB Perak yang sah : 22 Mei 2009 dinanti

21 May 2009


SALAM HARAPAN..


Hari ini 22 Mei 2009 Mahkamah Rayuan akan memberi keputusan terhadap rayuan oleh Dr Zambry terhadap pengisytiharan Mahkamah Tinggi untuk mengesahkan Ir.Nizar sebagai MB Perak yang sah .

Dalam suasana imtihan yang semakin rancak dilalui begitujugalah rancak permainan politik di Malaysia sekarang.Isu keluar masuk mahkamah,perlembagaan,institusi di raja juga saban kali terus dipersembahkan buat tontonan rakyat jelata yang semakin lama mula mual dan menyampah dek permainan politik yang direka dan di atur oleh pihak-pihak yang merasakan kuasa selalu menjadi milik mereka.Kadang-kadang aku melihat suasana ini ibarat orang yang tidak berpijak di bumi yang nyata dan tidak pandai menilai diri dihadapan cermin di rumah mereka .Inilah yang terjadi apabila merasakan semua orang di bawah tapak kaki mereka,walhal sistem yang selalu dicanang2kan oleh mereka hanyalah bagi aku hanya di atas kertas sahaja tanpa merasakan bahawasanya kuasa yang digenggam oleh mereka sekarang ini tidak akan dapat dikecapi tanpa restu dan sokongan rakyat sebenarnya .

Akan tetapi bagi diri aku sendiri bila wang dan pangkat jadi pertaruhan ataupun 'hadiah' permainan politik sebegini tidak hairanlah kuasa rakyat diketepikan sama sekali.Tindakan menarik Sultan dan institusi diraja dalam menyemarakkan lagi suasana 'permainan' ini sebenarnya hanyalah sesuatu yang mengeruhkan lagi keadaan sebenar-benarnya.Tika inilah muncul watak-watak 'hero murahan' untuk tampil dan terus menonjolkan diri agar diri mereka dihargai rakyat untuk kekal sebagai pimpinan yang berwibawa..Walhal mereka tidak peka terhadap perkembangan fikiran rakyat masa kini yang sudah pandai menilai dan mula mengerti untuk berbicar tentang isu politik yang semakin rancak dipalu orang yang 'tidak sedar diri' ini.

Rakyat negeri Perak khasnya saban kali menjadi mangsa perjudian dek rampasan kuasa secara jalan belakang yang dilakukan oleh 'hero murahan' zaman moden ini.Kuasa yang diberikan bukan sekadar untuk dijadikan batu loncatan untuk dimegah-megahkan,tapi apa yang dimahukan adalah satu perubahaan dan perkembangan dalam negeri Perak yang diinginkan oleh rakyat secara amnya.Tercetusnya situasi ini bukan disebabkan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ir.Nizar akan tetapi wujudnya situasi begini adalah kerana pihak yang tidak bertanggungjawab melahirkan kekecohan dan suasana tidak harmoni di dalam negeri Perak itu sendiri untuk ianya dipandu oleh seorang pemandu yang mencuri sesebuah kenderaan dari pemandu yang lain .

Mungkin isu ini tidak nampak sangat relevan untuk di utarakan.akan tetapi sedarlah wahai musuh-musuh yang memprak-perandakan kebahagiaan dan keharmoniaan negara..sedar dan fikirlah secara matang dan proffesional pemimpin bukan 'terhegeh-hegeh' untuk menjadi pemimpin akan tetapi pemimpin adalah ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk kesenangan rakyat bukannya bersenang-senang untuk mengaut hasil rakyat.


Biarlah keputusan kes MB Perak ini dilakukan dengan penuh hikmah oleh para hakim di mahkamah rayuan yang selayaknya untuk membuat keputusan yang sepatutnya.Maka sedarilah bahawa keputusan yang akan terhasil nanti banyak memberi impak kepada setiap sudut di dalam suasana politik dan instusi perhakiman dan perlembagaan di negara Malaysia kita nanti.

Secara kesimpulannya kebenaran tetap akan jadi pemenangnya walau bagaimanapon permainan ini diadili oleh sesiapa pon,kerana kebenaran tidak memerlukan sesiapa untuk tampil gah sebagai pemenang,tetapi kebenaran akan diangkat menjadi pemenang bila mana ianya sedar sendiri akan kualiti kebenaran sebai seorang pemenang.Moga setiap keputusan nanti mendapat keredhaan dan keberkatan Ilahi hendaknya.Percayalah rakyat bukan seperti bola sepak yang bila mana sudah dapat pada pemain disepak tanpa arah tuju akan tetapi jadikan lah rakyat umpama bola ragbi yang bila dapat padanya dilindung dan dijag hak-haknya..sirru ala barakatillah..


Pembuka bicara....


Assalamualaikum w.b.t.
Salam imtihan kepada semua sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian..Walaupun kita dihambat dengan kesibukan mentelaah pelajaran..saja je nak post untuk update blog yang nama je ada tapi sekadar ada je..ermm mungkin juga semua nie hanya nk follow2 je org yang ade blog..tapi papehal pon insyallah lepas nie..aku cuba untuk update apa yang aku rase perlu untuk diupdate..Akhir kalam semoga kejayaan milik kita bersama..GooD LuCk fOR aLL ,oga bertemu jika ada ruiang kesempatan yang terhidang...wahhuallahua'lam bissawwab.
 
Ceritera Diriku. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger