Mengenal kesenangan dalam kesusahan

25 May 2009


Salam Keberkatan semua,

Kesabaran merupakan satu sifat mahmudah yang dituntut dan digalakkan dalam sesebuah sahsiah seorang Muslim,namun ada tikanya kesabaran itu bukanlah semudah yang dicanangkan kerana ianya lahir dari kehendak dan kesedaran seseorang itu sendiri.Setiap manusia diutuskan ke bumi adalah untuk memimpin dan mentadbir alam seperti yang telah ditaklifkan oleh Allah s.w.t,namun dalam setiap taklifan dan rasa tanggungjawab adakah ianya dihidangkan dengan segala bentuk yang mudah dan senang untuk ditempuh segala-galanya.Itulah yang aku ingin maksudkan atas mengenal kesenangan dalam kesusahan.

Kesenangan adalah suatu nikmat yang diiginkan oleh setiap insan yang menghuni di muka bumi ini,akan tetapi kesenangan di dunia adakah suatu kesenangan yang mampu memberikan ketenangan yang diinginkan dan didambakan?Persoalan itu yang perlu kita semua ketahui nikmat kesenangan di dunia hanyalah bersifat sementara dan bukanlah mampu baginya terus menerus untuk merasai nikmat itu secara berterusan jikalau pada diri manusia ini tidak singgah padanya suatu rasa bernama KESUSAHAN sebagai penghubung untuk mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat,namun mampukah manusia menghadapi kesusahan untuk menggapai kesenangan,sama-sama kita bermuhasabah dan menjenguk benak fikiran kita bersama untuk mendapat jawapan sebenar milik abadi diri kita ini.Dalam konteks sebagai seorang pelajar nikmat kesenangan itu tidak pernah dicapai tanpa pernah mengenal erti kesusahan,kesusahan yang dimaksudkan di sini adalah usaha dan pengorbanan yang sama sekali dirempuh oleh setiap pelajar amnya dalam mengahadapi jangka masa pembelajaran mereka.

Aspek kesusahan dalam kehidupan memang tidak pernah lari dalam sebuah episod seorang insan,ini kerana seorang insan sejak dulunya perlu menempuh segala mehnah dan ujian kesusahan ini.Ini kerana prinsip hidup seorang hamba kepada seorang tuan perlulah menikmati setiap nikmat kesusahan itu dengan rasa senang dan berlapang dada namun mampukah kita?Kesusahan menjamin kita untuk mengenal tahap dan letak siapa diri kita yang sebenar,ini kerana tanpa menjalana imtihan bagi madah KESUSAHAN ini manusia sama sekali tidak mungkin akan mengenal siapa dirinya yang sebenar.Nilai seorang hamba memanglah berhak baginya ditimpa segala macam bentuk dan ujian untuk mematangkan usia dan ke arah membentuk sesuatu yang menjamin masa depan seseorang itu.Usia kehidupan manusia bukan sekadar untuk menikmati akan tetapi untuk dihayati akan segala yang dilalui bukan sekadar dibiarkan begitu sahaja akan tetapi di muhasabah setiap ketika.

Rutin hidup seorang hamba Allah adalah sepatutnya seperti seorang hamba atau khadam yang kita lihat di muka bumi ini.Akan tetapi sikap manusia sering merasakan tempoh kesenangan di bumi ini dalam bentuk yang kekal sering membuatkan mereka lupa dan tidak sedar diri akan tempat dan martabat sebenar diri kita di sisi Allah s.w.t. yang merupakan pemilik atas semua nikmat dan rasa yang kita punyai sehingga hari ini.Bilakah kita semua sering menjadi hamba kepadaNYA adakah sewaktu kita ditimpa kesusahan barulah diri ini mengaku bahawasanya kita adalah hamba kepadaNYA tidak malukah kita akan kelakuan kita itu,mendamba dan memperhambakan bila perlunya bantuan dan tidak peduli bila dilimpah kesenangan.Perintah yang di arahkan dianggap susah dan larangan yang ditegah dibiarkan mudah.Adakah itu namanya seorang hamba.Maka renung-renungkanlah wahai sahabat yang budiman sekalian.Detik hidup seorang manusia terletak di tangan Allah tuhan sekalian alam,mahu tidak mahu kita tetap dijemput walau dalam segala macam keadaan sekalipun atau dalam tahap persediaan yang mampu kita persembahkan nanti nescaya sedarilah bahawasanya hidup seorang hamba terletak jua atas kehendakNYA.Bukan kita yang menentukan kerana kita hanya perancang yang tiada jaminan perancangannya akan tetapi ingatlah PERANCANG yang sebenarnya sering memerhati dan menilai setiap sudut akan segala perjalanan liku-liku hidup kita dalam menjalani hidup sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.Rasailah nikmat kesusahan itu nescaya dalam kita mengenal erti susah akan kita sedari sendiri nanti betapa besar dan nilainya erti kesenangan itu bila dikecapi selepas merempuh kesusahan.

Doa dan taubat sentiasa terbuka untuk hamba yang sering sedar akan salah dan silap mereka sewaktu melakukan dosa kerana kita telah diberi nikmat kesenangan sepanjang bergelar seorang Muslim pabila lahir dan wujud dalam kelompok yang dilimpahi pada kita semua nikmat IMAN dan ISLAM sejak kita mula mengenal erti hidup di dunia ini.Maka syukuri dan hargailah sepenuhnya akan nikmat dan kebesaran ini dengan penuh rasa kehambaan dalam diri kita dan bukanlah padanya dirasakan dengan penuh kebanggan dan kesombongan kerana kelak 'virus' seperti itu adalah tidak mampi untuk dinyahkan atas sebab ianya akan sering membutakan dan mematikan rasa seorang hamba itu kepada tuhannya.

Sejarah telah membuktikan segala-galanya lihatlah peristiwa Qarun,Firaun dan lain-lain lagi bilamana dilimpahi begitu banyak kesenangan adakah mampu untuk sering bersyukur dan sedar diri akan semua nikmat yang diperoleh mereka,bahkan lebih teruk lagi kesenangan yang dikecapi itu terus membutakan hati mereka,penglihatan mereka bahawa segala-galanya hanya berbentuk fantasi dan sementara sahaja,kerana nikmat di muka bumi bukanlah nikmat abadi manusia atau seorang hamba akan tetapi binalah matlamat untuk mengejar nikmat abadi di akhirat kelak dalam diri kita semua moga mendapat sesuatu rasa yang lebih memuaskan dari berbangga atas nikmat yang hanya sementara ini sahaja.Nikmat tuhan itu bukan sekadar untuk dinikmati tetapi untuk difahami dan dirasai bahawasanya nilai seorang hamba bukanlah sekadar untuk diberi tetapi perlu memberi sebanyak-banyak.Bak kalam dalam petikan filem LASKAR PELANGI "hidup ini mestilah memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"itulah nilai sebenarnya bagi aku untuk seorang hamba yang sememanganya perlu mendambakan diri bukan untuk memperkasakan diri atas nikmat sementara ini.Percayalah tidak rugi untuk memperhambakan diri untuk seorang TUAN yang pandai dan memahami perilaku hambanya dari segi zahir dan batinnya.Kerana nilai seorang hamba yang diredhai dan diberkati oleh Allah adalah tiada tolok tandingnya dengan segala kesenangan sementara di dunia ini.Oleh itu janglah dirunguti akan segala macam kesusahan itu kerana ingatlah kesusahan itulah jalan untuk kita mencapai kemenangan,kemenangan umat Islam adalah kemenangan dalam mencapai satu tingkat keredhaan oleh Allah s.w.t kerana rasa susah itu pasti bukan selama-lamanya akan tetapi rasa susah itu kelak akan berbuah hasil kesenangan yang sering diimpikan oleh manusia sebenarnya,rasa senang yang bukan bersifat sementara akan tetapi rasa senang yang mampu mendatangkan rasa puas dan nilainya kekal abadi sepanjang masa.Akhir kalam dari aku moga beroleh nikmat kesenangan itu bila mampu menghadapi rasa susah itu dengan sempurna.wassalam


Comments

No response to “Mengenal kesenangan dalam kesusahan”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Post a Comment

 
Ceritera Diriku. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger