MB Perak yang sah : 22 Mei 2009 dinanti

21 May 2009


SALAM HARAPAN..


Hari ini 22 Mei 2009 Mahkamah Rayuan akan memberi keputusan terhadap rayuan oleh Dr Zambry terhadap pengisytiharan Mahkamah Tinggi untuk mengesahkan Ir.Nizar sebagai MB Perak yang sah .

Dalam suasana imtihan yang semakin rancak dilalui begitujugalah rancak permainan politik di Malaysia sekarang.Isu keluar masuk mahkamah,perlembagaan,institusi di raja juga saban kali terus dipersembahkan buat tontonan rakyat jelata yang semakin lama mula mual dan menyampah dek permainan politik yang direka dan di atur oleh pihak-pihak yang merasakan kuasa selalu menjadi milik mereka.Kadang-kadang aku melihat suasana ini ibarat orang yang tidak berpijak di bumi yang nyata dan tidak pandai menilai diri dihadapan cermin di rumah mereka .Inilah yang terjadi apabila merasakan semua orang di bawah tapak kaki mereka,walhal sistem yang selalu dicanang2kan oleh mereka hanyalah bagi aku hanya di atas kertas sahaja tanpa merasakan bahawasanya kuasa yang digenggam oleh mereka sekarang ini tidak akan dapat dikecapi tanpa restu dan sokongan rakyat sebenarnya .

Akan tetapi bagi diri aku sendiri bila wang dan pangkat jadi pertaruhan ataupun 'hadiah' permainan politik sebegini tidak hairanlah kuasa rakyat diketepikan sama sekali.Tindakan menarik Sultan dan institusi diraja dalam menyemarakkan lagi suasana 'permainan' ini sebenarnya hanyalah sesuatu yang mengeruhkan lagi keadaan sebenar-benarnya.Tika inilah muncul watak-watak 'hero murahan' untuk tampil dan terus menonjolkan diri agar diri mereka dihargai rakyat untuk kekal sebagai pimpinan yang berwibawa..Walhal mereka tidak peka terhadap perkembangan fikiran rakyat masa kini yang sudah pandai menilai dan mula mengerti untuk berbicar tentang isu politik yang semakin rancak dipalu orang yang 'tidak sedar diri' ini.

Rakyat negeri Perak khasnya saban kali menjadi mangsa perjudian dek rampasan kuasa secara jalan belakang yang dilakukan oleh 'hero murahan' zaman moden ini.Kuasa yang diberikan bukan sekadar untuk dijadikan batu loncatan untuk dimegah-megahkan,tapi apa yang dimahukan adalah satu perubahaan dan perkembangan dalam negeri Perak yang diinginkan oleh rakyat secara amnya.Tercetusnya situasi ini bukan disebabkan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ir.Nizar akan tetapi wujudnya situasi begini adalah kerana pihak yang tidak bertanggungjawab melahirkan kekecohan dan suasana tidak harmoni di dalam negeri Perak itu sendiri untuk ianya dipandu oleh seorang pemandu yang mencuri sesebuah kenderaan dari pemandu yang lain .

Mungkin isu ini tidak nampak sangat relevan untuk di utarakan.akan tetapi sedarlah wahai musuh-musuh yang memprak-perandakan kebahagiaan dan keharmoniaan negara..sedar dan fikirlah secara matang dan proffesional pemimpin bukan 'terhegeh-hegeh' untuk menjadi pemimpin akan tetapi pemimpin adalah ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk kesenangan rakyat bukannya bersenang-senang untuk mengaut hasil rakyat.


Biarlah keputusan kes MB Perak ini dilakukan dengan penuh hikmah oleh para hakim di mahkamah rayuan yang selayaknya untuk membuat keputusan yang sepatutnya.Maka sedarilah bahawa keputusan yang akan terhasil nanti banyak memberi impak kepada setiap sudut di dalam suasana politik dan instusi perhakiman dan perlembagaan di negara Malaysia kita nanti.

Secara kesimpulannya kebenaran tetap akan jadi pemenangnya walau bagaimanapon permainan ini diadili oleh sesiapa pon,kerana kebenaran tidak memerlukan sesiapa untuk tampil gah sebagai pemenang,tetapi kebenaran akan diangkat menjadi pemenang bila mana ianya sedar sendiri akan kualiti kebenaran sebai seorang pemenang.Moga setiap keputusan nanti mendapat keredhaan dan keberkatan Ilahi hendaknya.Percayalah rakyat bukan seperti bola sepak yang bila mana sudah dapat pada pemain disepak tanpa arah tuju akan tetapi jadikan lah rakyat umpama bola ragbi yang bila dapat padanya dilindung dan dijag hak-haknya..sirru ala barakatillah..


Comments

No response to “MB Perak yang sah : 22 Mei 2009 dinanti”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Post a Comment

 
Ceritera Diriku. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger