Mampukah aku beristeri DUA?

24 May 2009


Salam Imtihan,

Bila mana tajuk ini aku ada-ada kan mesti semua orang ingat aku suka berpoligami,adil ke?atau sebagainya...Persoalannya di sini bukan soal poligami yang ingin aku tampilkan di sini malah ingin aku hujahkan adakah aku mampu sebenarnya.

Berjuang adalah suatu amalan yang bagi aku besar dan berat bebanan amanah yang terhampar padanya,namun mampukah aku yang naif ini mampu bersama-sama untuk berjuang dan terus berkhidmat untuk agama Islam ku sebenarnya.Itulah perbincangan yang ingin aku bukakan kepada sahabat-sahabat sekalian.Ketika ini aku sudah merasa perih pedih untuk terus istiqamah dalam perjuangan aku.Alhamdulilah tuhan telah memberi jalan kepadaku untuk memilih jalan untuk terus berubah dari jalan asal diriku yang sebelumnya yang bagiku masih terpalit kegelapan dan kepahitan.Manisnya rasa berjuang bukan seperti manisnya menikmati kesenangan dan kemewahan tika dikurniakan pelbagai nikmat duniawi untuk dikecapi,akan tetapi manisnya berjuang hadir selepas satu persatu kepahitan dan kepayahan ditempuh dengan berapi-api.Bermakna perjuangan memerlukan rasa susah dan pedih sebelum berhasil untuk hasil yang menggembirakan lubuk hati seseorang insan yang bernama manusia itu.

Persoalannya mampukah aku apabila keluar dari kancah 'perseorangan' dan memulakan gaya hidup untuk 'beregu' nanti untuk menduakan reguku itu dengan meletakkan keutamaan aku kepada perjuangan yang sememangnya dituntut oleh Islam itu sendiri.Fikiran dan bisik hati nakalku selalu berkecamuk dan berbisik sendirian bila dibayangi persoalan ini.Kerana perjuangan bukan dihidang kepadanya hamparan permaidani merah akan tetapi terpalit padanya kesedaran yang dihambakan dalam diri seorang hamba yang mampukah memupuk akan benih kesedaran tentang perjuangan itu dalam dirinya sendiri.Berjuang bersenderian memang memerlukan komitmen yang tinggi sama sekali.Teringat aku akan kisah yang pernah aku baca dalam Ar-Risalah dalam edisi beberapa bulan yang lepas tentang seorang suami yang menanyakan tentang kesanggupan beristeri dua kepada calon isterinya maka mengamuk bakal isterinya itu apabila mendengarkan niat bakal suaminya itu untuk beristeri dua namun pada hakikatnya seorang istei yang masih belum memahami setiap tindak tanduk konsep dan perilaku PERJUANGAN ISLAM ini mungkin akan memberontak dan bersangka buruk terhadap niat murni suaminya itu.

Walaubagaimanapun melalui kisah yang aku paprkan nanti terbayang sejenak dalam lubuk fikiranku ini mampukah aku melafazkan kalimah itu kepada bakal isteriku nanti.Mahukah dia menerima pelawaan dan hajat aku itu nanti.Bijak tangan menari merungkai segala isi tapi bayangan di kotak fikiran ini masih kabur dan kelam dek hanyut dilimpah kenikmatan dunia ini.Adakah perjuangan mendambakan segala bentuk yang menghanyutkan aku itu atau aku sendiri yang masih belum sedar untuk thabat dalam perjuangan Islam ini.Terbayang di benak mindaku akan segala-galanya mungkin setiap langkah ini perlu dihayun dengan azam dan kesedaran yang jitu untuk memikul beban yang ditinggalkan dari zaman para anbiya dan para solihin dari zaman dahulu lagi.Bisik padaku sesuatu erti kehidupan yang bukan sahaja inginkan ujian dan mehnah dalam segala-galanya akan tetapi liku kehidupan saban waktu membutuhkan suatu jalan yang dipanggil PENGORBANAN.Aku sering bertanya akan kemampuan dan kesungguhan diriku untuk melalui jalan itu.Sepanjang tahun ini aku baru belajar untuk mendalami selok belok erti semua episod perjuangan ini.Moga pabila apapun yang terjadi kepada diriku nanti mampulah kiranya aku untuk terus thabat dan sabar dalam meneruskan warisan dan harta yang ditinggalkan oleh para nbiya' dan solihin ini.Moga aku kecapi nikmat dalam setiap detik dan waktu semasa aku melaluinya.

Beristeri dua bagiku memang payah akan tetapi jika didokong oleh seorang penyokong yang saling faham dan memahami setiap bentuk perjalanan yang aku lalui ini mungkin lebih meringakan beban yang terpahat padanya suatu bebanan yang sentiasa memerlukan setiap satu langkah untuk terus dipikul walau apapun yang di tempuh di jalan yang di hadapan mahupun pada jalan yang di belakang.Moga perjuangan ini diredhai dan diberkati hendaknya oleh Allah s.w.t dalam setiap langkah yang aku hadapi dan tempuhi selepas ini.Persoalan mampu ataupun tidak bukan lagi isunya,apa yang perlu aku lakukan adalah terus menghadapi satu persatu walau aku tahu setiap padanya memang pedih dan pahit untuk direnangi dalam menuju lautan keberkatan darimu Ilahi..sirru ala barakatillah.

Comments

No response to “Mampukah aku beristeri DUA?”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

Post a Comment

 
Ceritera Diriku. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger